Sejarah Broadcom Inc.

Syarikat ini ditubuhkan pada 1961 sebagai pembahagian semikonduktor Hewlett-Packard.[9] Pembahagian itu kemudian dipisah dari Hewlett-Packard ke Agilent Technologies pada tahun 1999.[5][7][10] KKR dan Silver Lake Partners kemudian memperolehi cip dari Agilent Technologies pada tahun 2005 dengan harga $2,6 bilion untuk membentuk Avago Technologies.[5] Avago Technologies kemudian menjual unit cip masukan/keluaran ke PMC-Sierra dengan harga $42,5 juta pada Oktober 2005.[11] Pada Ogos 2008, syarikat ini mengemukakan tawaran awam permulaan dengan sasaran pengumpulan dana sebanyak $400 juta.[12][13] Pada Oktober 2008, Avago Technologies memperolehi perniagaan gelombang akustik bulk milik syarikat Jerman, Infineon Technologies dengan harga €21,5 juta.[14] Pada tahun 2009, Avago Technologies tersenarai di NASDAQ dengan simbol penanda AVGO.[10][15] Avago Technologies kemudian mengumumkan bahawa mereka akan memperolehi pengedar komponen dan cip optik, CyOptics dengan harga $400 juta pada April 2013.[16][17] Pemerolehan tersebut bertujuan untuk mengembangkan portofolio produk serat optiknya.[17] Pada Oktober 2013, Avago Technologies melabur sebanyak $5 juta di Amantys, penyedia teknologi elektronik tenaga, sebagai sebahagian dari perjanjian pelaburan strategik antara dua syarikat itu.[18] Avago Technologies kemudian mengumumkan bahawa mereka akan memperolehi LSI Corporation pada Disember 2013 dengan harga $6,6 bilion.[5][7][15][19][20] Pemerolehan itu membantu Avago Technologies pergi jauh dari pengeluaran barang-barang khusus menuju ke produksi barang-barang yang lebih khusus, termasuk cip, terutama penyimpanan untuk pusat data.[20]

Syarikat ini kemudian menjual perniagaan pengendali SSD miliknya ke Seagate Technology pada Mei 2014.[21] Pada Ogos 2014, syarikat ini merupakan pengeluar semikonduktor terbesar kesembilan di dunia.[6] Avago Technologies kemudian menjual perniagaan Axxia Networking milik LSI ke Intel dengan harga $650 juta.[10][22] Syarikat ini kemudian membeli PLX Technology, sebuah pereka litar terintegrasi dengan harga $309 juta.[23] Pada Februari 2015, diumumkan bahawa Avago Technologies Limited bersetuju untuk memperolehi Emulex Corporation dengan harga $8 setiap saham.[24]

Pada 28 Mei 2015, Avago mengumumkan bahawa mereka akan memperolehi Broadcom Corporation[25] dengan harga $37 bilion ($17 bilion tunai dan $20 bilion dalam bentuk saham).[26] Setelah pemeroleham selesai, syarikat ini akan menggunapakai nama Broadcom Ltd., dan akan memiliki pendapatan tahunan sebanyak $15 bilion serta nilai pasaran banyak $77 bilion.[27] Broadcom Corp. memperkuatkan kedudukan paten Avago Technologies secara siginifikan di sejumlah sektor, seperti selular, pusat data, dan Internet of Things, serta menjadikan syarikat ini sebagai pemegang paten terbesar kesembilan di antara pengeluar semikonduktor yang lain, berdasarkan analisis biro perundingan teknologi LexInnova.[28] Berdasarkan laman web syarikat ini, transaksi pemeroleha rasmi selesai pada 1 Februari 2016.[29]

Pada tahun 2016, Broadcom mengemukakan cadangan penggabungan dengan Brocade Communications Systems. Penggabungan itu perlu menunggu semakan dari Jaaatankausa Pelaburan Asing Amerika Syarikat]]. Pada tahun 2017, Broadcom mengumumkan bahawa mereka akan berpindah ke alamat rsminya dari Singapura ke Delaware, untuk mengelakkan pemantauan.[30] Langkah itu dilakukan setelah syarikat itu bertukar namanya dari Broadcom Ltd. kepada Broadcom Inc.[31] Broadcom sedia ada sebelum pemerolehan pada 2016, iaitu Broadcom Corp., tetap menjadi anak syarikat Broadcom Inc.

Pada November 2017, Broadcom mengemukakan tawaran pembelian kepada Qualcomm bernilai US$130 bilion, namun ditolak oleh lembaga pengarah Qualcomm.[32] Presiden Trump kemudian juga melarang tawaran penggabungan dari Broadcom bernilai $117 bilion terhadap Qualcomm melalui perintah eksekutif, atas sebab keselamatan negara.[33]

Pada 11 Julai 2018, kenyataan akhbar mengatakan Broadcom dan CA Technologies telah bersetuju dengan kesepakatan pemerolehan bernilai $18,9 bilion.[34] Pada 5 November 2018, Broadcom mengumumkan bahawa mereka telah menyelesaikan proses pemerolehan terhadap CA Technologies.[35]

Rujukan

WikiPedia: Broadcom Inc. http://investors.avagotech.com/phoenix.zhtml?c=203... http://www.avagotech.com/pages/news/ http://www.bizjournals.com/sanjose/news/2014/06/23... http://broadcom.com http://www.contracostatimes.com/news/ci_24735867/a... http://www.eetimes.com/author.asp?section_id=36&do... http://www.eetimes.com/document.asp?doc_id=1157941 http://www.electronics-eetimes.com/en/avago-techno... http://www.electronicsweekly.com/news/business/ava... http://www.eweek.com/c/a/IT-Infrastructure/Agilent...